Monday, September 21, 2015

Jalan Jalan ke LEGOLAND


Masa nak penutup pantang 14-hari tu mamy n dady bawa kids ke Legoland. Tak larat nak jawab soalan si abg asyik tanya bila nak pergi Legoland. Okay alasan sampingan mamy pun nak jalan-jalan. Tapi siap berstokin lengan panjang tebal bagai pergi jalan jalan ke Legoland yang panas terik tu sebab risau la jugakan.


Masa kami pergi ni cuti sekolah nak raya haji. Tapi kaunter tiket lengang memang laa seronok sbb takyah queue panjang kalau nak main. Tapi bila fikir dari perspective number of visitors yg visit themepark during school holidays......kenapa pula lengang mcm ni? Boleh buat research ni.


Sampai Legoland tengahari, tiket dah beli online siap2, so terus jer masuk pergi ke Guest Service tukar kepada Premium Annual Pass yang ada gambar masing2. Baru nak buat annual pass sebab si abg dan adik dah besar sikit dan dah tinggi sikit, takda laa nanti asyik tak dapat main itu ini kan..plus, ada promotion Johor Resident Pass = RM295 dpt 50% discount daripada harga RM420, rasa berbaloi la sikit nak beli. Setiap bulan nanti mamy dgn dady bawa korang pergi Legoland, puas laa hati korang yer anak2 muahaha..


Untuk kali ni, memang focus di Lego City sahaja. Tapi seronok la budak2 ni sebab semua yang kat Lego City ni diorg boleh main. Nak makan pun restaurant ada kat situ. Antara yang ada kat Lego City yang diorg berjaya main:



Junior Driving School

Boating School


Boating School

Legoland Express

Legoland Express

Lego City Stage
Lego City Airport

Rescue Academy

Tapi Legoland sangat terik dan panas, memang perlu pakai topi atau payung. Budak2 ni biasanya tak suka pakai topi, tapi masa tu terlalu panas terpaksa ler beli topi kat dlm tu, nak pula diorg pakai, bagus laa. Lagi satu stroller pun seeloknya bawa, walaupun dalam themepark tu diorg taknak duduk sangat, tapi bila nak balik menapak ke parking, dengan mak pak pun dah tak larat nak dukung, time tu la rasa bergunanya stroller.

Peace!



Thursday, September 17, 2015

MC dan berpantang 2 minggu


Mamy dapat MC 15-days yeay! Err tak berapa nak yeay sebab buat D&C Procedure on last Wednesday - 9/9/2015.
Masa ni nak ke OT ready for D&C Procedure 

Satu pengalaman yang tak pernah terfikir akan lalui. Berlaku tanpa diduga dan mamy positif dengan apa yang berlaku..sakit itu penghapus dosa, insyaAllah.

Kes heartbeat janin low, cuba monitor 3 minggu dengan injection dan ubat kuatkan kandungan. Tapi tiada rezeki kali ni. Kami terima.

Berpantang kali ni di rumah bersama dady dan kids dan alhamdulillah dalam keadaan stabil. Bercakaran, berteriakan dengan anak2 tetappp berlaku walaupun dlm keadaan macam ni kan. Tapi time2 yg memerlukan jer ler. Anak2 tengah nak melasak fuh memang mencabar.

Appointment dgn doktor untuk follow up after 1 week pun dah selesai. After 1 week lagi rehat dan pantang, kembali laa semula meneruskan rutin harian.