Saturday, July 14, 2012

Penutup Hari Berpantang

Today is my last day of confinement. Sayu pulak bila dah sampai hari terakhir berpantang. Yerla banyak sweet n sour sepanjang 44days ni...and we won't know when is the next one, kan?

Jaundice/kuning. Kali ni pantang agak lain daripada yg kali pertama, masa awal-awal hari tu pun dah start keluar bawa baby pergi check kuning kat klinik. Alhamdulillah by day 14, bacaan TSB Danish dah turun bawah 10..lega sangat. Tapi, ada 5 kali la jugak cucuk tapak kaki baby ambil darah untuk tujuan test tu. Sepanjang nak tunggu turun tu, ada terfikir nak hantar kat Dr. Tey, tapi kesian pula nanti baby kena tinggal sana, so nak tak nak usaha dan ikhtiar sahaja di rumah, bf baby sekerap boleh, tapi nak sekerap mana pun, coz baby 2 jam sekali baru demand for bf. Then  husband ada laa dapat petua from his friends: ada yang suruh try bagi air perahan anggur hitam sebiji dua, ada juga kawan dia yang suruh pergi kedai ubat cina beli serbuk mutiara bancuh dengan air bagi baby. Hm..kawan dady banyak experience juga yer. And masa pergi 1 week check-up at Tey  Maternity, Dr. Tey said try bagi air masak campur madu/glukos kat baby, supaya kerap buang air dapat keluarkan bilirubin tu (yang  sepatutnya focus pada susukan baby sekerap boleh). Time pantang kali ni baru tahu about bilirubin. Mana tak nya, surf info memanjang bout jaundice. And kali ni juga 1st time handle sendiri, coz dulu time Rayyan, rasanya pun ada kuning kot, tak sure coz Rayyan dulu kena duduk kat Tey Maternity 1week, so maybe dah dapat treatment. That's why husband said ada pro and cons bila baby keluar wad awal or lambat ni. Ok la, stop bout mr.J, yang pasti memang the feeling time tu tak syokkk!

Emo. Haih awal2 pantang rasa sedih and ada sekali tu siap meleleh air mata sebab kesian tengok anak sulong susah nak ditidurkan, sampai last2 mamy dia juga yang buaikan, tu pun sambil tunjuk gambar2 and video2 dlm handphone, which we took sebelum bersalin, time main2 dgn dia. Adoi..sayu. Other than that, me, as usual, ada jer yang nak di argue dengan mum. Bila fikir balik, apa yang di argue pun dah tak ingat, must be benda yang remeh temeh. Haih...berdosa betul rasa!

Keluar. Kali ni banyak kali juga la ikut dady gi town time pantang hehe tapi of course la tak turun kereta, saja nak ikut pusing2 ambil angin naik kereta, tak tahan bosan. That's why la kata pantang kali ni kurengg disiplin betul!

Rumah. Pantang kali ni 14 hari di rumah mak, then balik rumah sendiri. Ada few factors, sebab kesian tgk Rayyan, asal malam jer mesti nak balik rumah juga. Rindu rumah agaknya. Tapi bila dah pagi, dady dia kata, dia sibuk cari adik and mamy. Selain itu, tengok mak sangat kepenatan, dengan nak membasuh, masak, aktiviti favourite mak yes gardening lagi..memang nampak mak penat betul la. Plus, kadang2 tgk mak pun tak berapa sihat. Banyak sangat kerja, tak cukup rehat agaknya..so, baliklah rumah sendiri..at least dapat kurangkan load basuh baju pun jadi laa kan. Em ya, ayah pun hari tu pitam sekejap, panik semua orang. Tak cukup tidur agaknya, then layankan kerenah cucu sorang bernama Rayyan lagi.

Makan. Sepanjang kat rumah mak, of course la mak masak. Then balik rumah sendiri, husband ambil alih tugasan masak. Tapi kadang2, mak juga yang masak then hantar kat rumah kami. Tu la sayang seorang mak kan. Macam mana tak larat pun, tetap akan curahkan tenaga dan kasihnya..Selepas pantang 30 hari, hari ke 32 if not mistaken, husband pun dah tahap bosan makan masakan dia hehe, then we all pun mem-pizza-kan diri! Peace.

Hm nampaknya setakat ini entry untuk penutup pantang kali ni. Lepas ni tak tau pula bila next entry, bila review balik blog ni, rupanya lebih aktif menulis time pregnant especially time dah start mc ketika menunggu hari hehe..till we meet again~

*going to miss tempoh berpantang ..  

 

Thursday, May 31, 2012

1 hari lagi..

Finally..hari yang ditunggu makin hampir, InsyaAllah in not more than 24hours, mamy akan lalui proses czer to deliver my 2nd baby. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..amin.

Last night, abg baby muntah sampai dua kali coz still batuk dan berkahak..mamy dan dady nak marah-marah sangat pun kesian gak kat abg baby..

Hari ni buat final check beg mamy dan beg baby untuk dibawa esok. Plan hari ni dalam tengahari nak hantar sebahagian barang mamy and baby ke rumah mak, yang nak guna time pantang nanti. Esok pagi, as early as 5am, mamy perlu check-in kat Klinik Tey Maternity. Tonight 11pm kena start puasa. Malam ni mak akan datang tidur kat rumah, so that esok pagi time nak pergi ke klinik bersalin, abg baby akan duduk dengan mak dulu. Dah bersalin baru bawa abg baby tgk mamy kat wad.

Beg mamy dan baby, ehe abg baby enter frame sekali mmuahh!
*Semoga segalanya dipermudahkan, walaupun czer, still ada gentarnya juga..




Wednesday, May 30, 2012

2 hari lagi..

2 days left! Can't wait but at the same time feel scared, of course!

Bingo! Betul laa perit tekak semalam, memang end up batuk. Luckily dady dah ambilkan ubat kat gynae, dapatlah ubat anti fever, ubat batuk, dan antibiotik. Lega jugalah rasa tekak, taklah perit sangat lepas makan ubat, hopefully cepatlah elok, coz if after czer still batuk-batuk, mahu seksa menahan sakit.

Today mulakan hari dengan sapu lantai (lama gila rasanya tak sapu lantai sendiri), haha Adam Rayyan macam biasa laa tak nak lepaskan langsung peluang nak ikut sapu lantai, ikut jer kat mana mamy sapu, jadi mandur. Bila dah siap sapu, apa lagi, bukan jer mamy berpeluh sakan, dengan dia sekali mandi peluh!  


Tuesday, May 29, 2012

3 hari lagi..

Semalam sangat penat! Purposedly cari kerja untuk buat supaya tak terasa lama duduk jer menunggu hari. So semalam apa lagi operasi basuh tudung, cadar, kemas almari baju mamy, then petang pergi rumah mak because sepupu-sepupu Adam Rayyan cuti sekolah ada di rumah nenek, mereka tak sabar nak main dengan Adam Rayyan.

Hari ini pun nak kemas-kemas rumah sikit, ikutkan badan ni memang tak larat jer rasa, tapi takkan nak duduk jer tanpa buat apa-apa. Nak jalan shopping mall time sekarang ni dah tak sanggup coz nak jalan pun tak larat jer rasa. Unless if betul-betul ada barang nak beli baru la pergi.

Setiap malam makin terasa susah nak masuk tido coz susah nak gerak ke kiri ke kanan, time tu la juga rasa sangat stress tak sabar nak bersalin, tapi syukur masih mampu ingat tuhan, dan mamy cuba sedaya upaya rationalize dan tenangkan diri, banyakkan mengucap dan selawat supaya diberi kekuatan untuk menunggu hari..tapi bila dah tertido tu Alhamdulillah lena juga la hihi..and the best part bila dady said "sabar mamy..dady if boleh pun nak mamy bersalin awal, tapi dengan abg baby yang kurang sihat, kita try la spend more time dengan abg baby.." mamy faham maksud dady and walaupun sekadar ayat simple, tapi amat memberi semangat kepada diri mamy.

*tekak terasa perit, ada macam nak demam, maybe kepenatan sangat, kena amik ubat ni

Monday, May 28, 2012

Final Check Up

27 May 2012, Sunday
Petang tadi completed my final check up. Just to ensure baby in good condition before proceed with the final stage - delivery day! Sampai sekarang baby still belum turun habis, so memang opt for czer lagi kali ni.

Emm, ikutkan EDD 30 May 2012, but in Dr. Tey's record is 5 Jun 2012. So we choose 1 Jun 2012, supaya tidak terlalu awal than 30 May and tidak terlalu lewat till 5 Jun, coz Dr. Tey said paling awal boleh deliver is 23 May.

Kira if ikutkan EDD 30 May 2012, 1 Jun 2012 will be week-40, day-2;
if ikut EDD 5 Jun 2012, 1 Jun 2012 will be week-39,  day-3.

Pilih 1 Jun tu pun kebetulan on the 1st tu is friday, kira sama la dengan Adam Rayyan, on the 1st and friday juga. Hari Jumaat hari yang baik, kami mohon agar dapat keberkatan di hari Jumaat itu nanti..Hopefully operation goes well. Memang 1st time czer dulu tak rasa sakit. But still ada rasa worry yang amat sangat.

Adam Rayyan si manja mamy
dapat hadiah from dady time demam
If ikutkan hati macam nak esok jer terus bersalin. Mak dan kakak pun setuju juga, ikutkan diri sendiri memang la lagi setuju coz terasa ketidaklaratan tahap maksima dah nak tunggu hari, especially at night (hah ni tengah tulis entry coz terjaga daripada tidur). But, lepas dady baik daripada demam that day, Adam Rayyan pula yang kurang sihat..husband pun kata at least this few days boleh spend time with Adam Rayyan. Emm..betul ker memang ada simptom manja nak dapat adik ni? Tak kira la apapun, mamy harap anak mamy cepat sembuh sihat dan kuat, nanti boleh main dengan adik.

Kira sekarang, dah bolehlah countdown...4 days left!

*feel so refreshing minum Dutch Lady Fresh Milk


Thursday, May 24, 2012

Minggu 39

Finally, hari ni, 24 May 2012 start cuti. Cuti menunggu hari, sambil prepare mentally and emotionally.

Masa last check up on 20 May 2012 doctor said baby tak turun lagi. Berat baby dah 3.3kg. So most probably size mcm abg baby, and coz of CPD, possibility untuk bersalin normal very low. By next week, dah boleh bersalin, coz taknak amik risiko tunggu terlalu lama macam abg baby dulu, 41minggu lebih dalam perut mamy, kesian baby nanti. Just hope semuanya ok.

*CPD: "Cephalopelvic disproportion (CPD) occurs when a baby's head or body is too large to fit through the mother's pelvis"
 

Sunday, May 20, 2012

Minggu 38

Alhamdulillah..semalam, 19 Mei 2012, selesai sudah event students. So tinggal 3 hari lagi kerja next week before start cuti. Hopefully semuanya ok, and bolehlah mamy mula concentrate untuk persiapan hari kelahiran baby.


Today walaupun sunday morning, tapi tersedar as usual at 6am. Ada rasa risau pula bila pagi ni bangun tak rasa baby gerak dalam perut untuk kejutkan mamy. Biasanya awal pagi if mamy bangun, mesti mamy akan rasa pergerakan baby yang sangat aktif. Baby janganlah merajuk, hari ni juga mamy kemas beg baby n mamy yer!

Selepas sembahyang subuh, macam dah rasa baby ada gerak, ker perasaan mamy jer. So rilex lagi dulu, start kemas beg baby n beg mamy (dengan harapan dapat rasa movement baby yang kuat sikit). Dah siap kemas, rupanya newborn pampers belum lagi beli. So hari ini akan cuba complete kan semua barang. Hmm, still macam tiada active movement. So terus terfikir nak awalkan pergi check up, instead of tomorrow, rasanya nak pergi hari ni lah.

Breakfast then start my blog writing, alhamdulillah, ni baru terasa baby dah ada start gerak-gerak kat perut mamy! huh..lega sikit..so hari ni kena extra alert dengan movement baby. Pendekkan cerita, yang jadi risau biler this morning tak rasa pergerakan baby yang aktif coz semalam perut asyik memulas and buang air jer, tak tahu la salah makan or tanda awal nak bersalin.

cian dady demam..
alhamdulillah hari ni makin sihat!
Demam! Bukan mamy, tapi dady. Masa pregnant Adam Rayyan dulu, time tunggu hari, dady pun demam juga. Kebetulan agaknya. Kali ni pun sama, kira sampai tahap tak larat bangun la juga..tapi alhamdulillah last night dady dah cergas semula.


Sunday, May 13, 2012

Minggu 37

Happy Mother's Day!
When? 
May, 2nd week, Sunday, Every year
I've decided to write the details coz setiap tahun mesti akan confuse bila mother's day.

Today, Sunday yang perlu ke kampus sebab ada event pelajar, can't wait to settle all the events coz lepas dah clear semua event, akan tiba masanya untuk cuti!! And also time for me to prepare mentally and physically untuk bersalin. Kiranya after today, I've one more student's event, which is on this coming Saturday at Banda Hilir. Hopefully semuanya lancar.

Selesai event, balik sampai rumah terasa penat lain sikit, maybe tadi banyak berdiri. Lain sikit yang macam mana? Em perut rasa sangat berat and kaki rasa macam tak terdaya nak melangkah. Hopefully mamy dapat kuat dan bersabar, seminggu lebih lagi kita rest kat rumah okay, baby!

Petang, Dady bawa Mamy and Adam Rayyan ke Tanjung, nak bagi abg baby main kat playground. Seronok mamy tengok abg baby, sungguh excited + happy dia, especially bila tengok ramai kawan-kawan kat sana.
 
Happy Mamy's Day!
Happy Dady's Day as well! hihi

Then go for early dinner at Hotel Classic, we thought that Hotel Classic ada buat special program for mother's day, but, as usual, the whole coffee house milik kami bertiga, sampai Adam Rayyan pun pandai sebut "takda, takda" coz memang tiada orang lain in the coffee house haha.
mamy said to dady, kira ni celebrate both mamy's day & dady's day sekali la yer coz nanti bulan 6 dady's day mamy dalam pantang hee

Tuesday, May 8, 2012

Minggu 36

Semalam pergi check up untuk week-36, supposedly giliran dalam 8pm, tapi sampai klinik 8.30pm, pun belum lagi sampai giliran. End up Mamy and Dady with Adam Rayyan tunggu from 8.30pm sampai lebih kurang 10pm lebih barulah nama dipanggil. Biasanya if lama sangat ni sebab doktor kena panggil naik atas ada orang nak bersalin agaknya. Luckily abg baby kira behave laa jugak time tunggu tu. Ikutkan tak nak bawa abg baby, tapi mamy tak sampai hati pula tak bawa abg baby.

Progress week 36:
  • Berat baby 2.6kg
  • Doktor kata baby belum turun habis lagi
  • Baby masih aktif bergerak di dalam perut mamy
  • Sempatlah juga mamy tanya doktor bout mode of delivery, tapi tak dapat nak tahu lagi, kena tunggu next check up agaknya, in 2 weeks time (week 38) hmm...tgk gaya macam lambat lagi, sama style macam abg baby, maybe? 

Lepas check up, bawalah abg baby supper@McD hihi walaupun dah mengantuk, layan juga abg baby mamam chicken burger and fries. Sampai rumah, lepas dady tukarkan baju tidur abg baby, masuk buai, terus tertidur...sian abg baby kepenatan teman mamy kat klinik.

*Hopefully next check up dah boleh tahu mode of delivery, or maybe tarikh bersalin. Apa-apa pun hope dapat settle kan dulu my program untuk students.

Saturday, April 28, 2012

1st time bawa Adam Rayyan Gunting Rambut!

Nenek dah bising dengan Mamy asyik suruh bawa Adam Rayyan gunting rambut, coz bila berpeluh memang habis basah kepala abg baby sorang ni. Mana nenek tak bising, mamy siap pesan jangan gunting rambut abg baby coz dady nak biar rambut abg baby ni panjang. Tapi tu la, dah berapa kali suruh bawa pergi gunting, tak bawa-bawa, last-last nenek gunting la rambut depan abg baby ni sikit. Dah agak dah memang takkan dapat elak punya hihi. So time jalan turun KL that day, bawa la jugak abg baby gunting rambut. Tu pun berapa kali fikir-fikir, timbang-timbang, nak gunting ker tak. Kebetulan keadaan abg baby pun segar time tu, baru lepas bangun tidur, so, gunting juga la. Jom tengok apa yang berlaku time gunting rambut tu!

haha! gunting rambut sampai kena buka baju!

Adam Rayyan refused to wear those towels so org salon tu pun suggest suruh buka baju then tabur bedak so tak la gatal-gatal badan kena rambut yang dah gunting tu

nasib baik la mamy ada stok gula-gula umpan abg baby ni duduk diam-diam

minta tab nak main game "bird" (angry bird), nasib baik la ada letak dalam beg abg baby!

Dah encem! Happy! :D


Jalan-Jalan @ Minggu 35

Mamy dah masuk 35 weeks, tapi bila terfikir kesian pula dekat Adam Rayyan n mamy coz lepas bersalin time pantang sure dah jarang nak keluar jalan-jalan kan! So, ambil kesempatan mid-term break ni ambil cuti bawa Adam Rayyan jalan-jalan, main air, gunting rambut (next entry), and, bolehlah shopping barang baby sekali.

25 April 2012, Wednesday

Tak sabar tunggu Dady ambil pelampung
Hee muka excited sentiasa bila nak main air

Seronok Mamy tengok abg baby sorang ni main air!

Dady lah yang kena turun air teman abg baby ni
seronok Adam Rayyan main air dengan Dady yer!
Mamy duduk-duduk santai jer
Malam pergi i-City Shah Alam (tapi mcm biasa-biasa jer i-City tu hmm)
Wah! Besarnya mamy @week 35 ni huhu

*Next entry --> Adam Rayyan gunting rambut! :D
  

26 April 2012, Thursday

Lunch@TCRS selepas abg baby gunting rambut

before balik Muar, singgah rumah Aunty Olin @Bangi

ewahhh! santai habis dady & abg baby


Monday, April 23, 2012

Ni la kejer Mamy n Adam Rayyan biler bosan

Adam Rayyan with his bear bear
duduk sama-sama dengan bear bear 

bawa bear bear jalan (ikut macam style atoQ bawa Adam Rayyan jalan naik motor)
sabar eh abang baby..nanti adik baby dah lahir boleh main dengan adik baby yer :)

senyummmmm abg baby sayang!

*Semua gambar ni taken yesterday - 22/4/2012 (Sunday yang tak ke mana2)

Saturday, April 21, 2012

So different!

My 2nd pregnancy is so different. In this week-34 (nearly week-35), I couldn't sit for too long, feel pain when I walk, hard to sleep comfortably, mood swings, too!

Adam Rayyan and his dady always bear with me, thanks to my both heroes for being understanding.

I need the strength and patience to carry on, may Allah ease the journey..amin..

Saturday, April 14, 2012

My Pregnancy: 33 weeks

Ya..semester masih on, bila busy ni sekejap jer rasa dah sampai week 33 of my pregnancy. But, bila dah sampai week 33 ni mcm rasa ada sedikit perlahan pula nak sampai ke week 40. Maybe sebab dah start fikir bout preparation dan hal yang berkaitan bersalin, huu.. takut ada.. tak sabar pun ada..

10 things about me@week 33:
  1. Baby bump is growing bigger
  2. Baby is actively moving inside my womb
  3. Sakit di pangkal peha kiri (rasanya la pangkal peha) makin kerap, especially bila nak bangun daripada tidur/duduk, nak jalan kena slow dulu baru boleh masuk gear laju
  4. Makan pun dah start berselera semacam, but have to control my appetite, coz if makan ikut perasaan mmg mengah laa jawabnya lepas makan
  5. This time mcm awal pula rasa sakit, last time if not mistaken masa 1st baby rasanya dah masuk week 38 mcm tu baru rasa sakit yang pangkal peha tu
  6. My baby weight 1.8kg masa latest checkup
  7. Bila doktor said baby ok besar, terlintas di minda "em..normal or c-zer kali ni?" tapi tak tanya direct to doctor, tunggu masuk 9-month nanti masa next checkup baru nak tanya bout delivery
  8. Search info bout CPD: "Cephalopelvic disproportion (CPD) occurs when a baby's head or body is too large to fit through the mother's pelvis"
  9. Tu yang ada rasa tak sabar tu, coz nak tahu kali ni deliver mcm mana pula..tapi takut tu mmg ada bila tiap kali fikir bout delivery! But, sekiranya telah tertulis untuk c-zer lagi, dengan berbesar hati dan redha akan ku terima dan lalui, dengan doa agar mamy & baby semuanya selamat, insyaAllah..
  10. Nama baby masih belum finalize, last time rasa tak sesusah ni nak finalize nama, yang ni sampai sekarang masih mencari walaupun macam dah ada, tunggu la nanti baby dah keluar, sure nak tak nak mesti finalize punya kan! 

Sunday, March 4, 2012

New semester, new trimester

Terasa sangat cepat pula masa berlalu..another new semester akan mula esok.. Have to prepare myself untuk masuk class, mentally and physically! Start class ni dah masuk third trimester, hopefully diri ini kuat dan semangat mengharungi 3 bulan akan datang yang dijangkakan seperti biasa memang akan sangat busy. Be positive, cepat sikit masa berlalu if busy sentiasa, and, cepat sikit dapat jumpa adik Adam Rayyan!

Kali ni pregnant memang terasa cepat penat..maybe ada Adam Rayyan yang tengah sangat aktif menemani mamy kali ni, tapi, sangat bersyukur kerana journey kali ni lebih bermakna bila ditemani gelak tawa anak mamy dan dadyryan yang amat supportive and helpful dari semua aspek..Alhamdulillah..I feel so grateful to have my both heroes with me all the time..mudah-mudahan kami sekeluarga sentiasa dirahmatiNya, amin.
my two heroes

Monday, February 27, 2012

Unplanned fun ;D

We went to Dataran Pahlawan Mall in the evening, had dinner at Johnny's Restaurant (as usual, dady is craving for the steamboat). After dinner, nowhere to go, so we just walked around the mall. It's supposed to be AdamRyan's sleep time, but he still in a good mood sitting in his stroller, looking around the surroundings, good boy!

AdamRyan is so focused!
Mamy with AdamR
We just knew that Tutti Frutti is now opened at Dataran Pahlawan Mall, it is kind of small scale outlet. Then, we go upstairs by using travelator, with the aim to take home the popcorn combo. Before we reach the cinema level, we found out that Carrefour no longer there! We feel that it must be due to the mall layout that is not strategic enough for their customers. Amazingly, there is the Underwater World, and small-scale funfair games in the mall.
Dady with AdamRyan
"Jack, Jack

Of course, dady was so excited and bought the tickets. And, I did not
expect that the entrance fee is RM30 for adult. But, yes, dady got his point, all the costs to maintain the aquaria is not that low, and once entered, I know it's worth.


And the best part is when AdamRyan keep repeating "Jack, Jack" and point to the aquarium (Jack is the name of our Arowana fish at home).


At the exit of the Underwater World, we saw the small-scale funfair games, dady played few games there, and dady managed to get a colorful "ulat" bear for AdamRyan! -- pity my baby AdamRyan cause we could see that he is forcing himself to keep awake.
aim and focus
yeah!
waiting for the prize

Tuesday, February 14, 2012

Happy Birthday DadyRyan!

Mamy: hepy bday dady!
Dady: (Senyum) mcm tak caya dh late 20s umur, ank pun nk masuk dua dh, adam rayyan pun dah masuk setahun lebih ;)

birthday dady 2012 ni mamy dady bawa adam rayyan jln2 USS..last time pergi masa pregnant adam rayyan, time tu 5 bln, kali ni pergi, pregnant yg number 2 pula ;)
but, last time tak dpt masuk coz pergi time peak season semua tickets sold out, agaknya adam rayyan suruh tunggu dia sekali masuk USS hari ni ehe..

tiap kali ke singapore mesti time pregnant kan, tp wpun tak dpt nk main semer yg ada di USS tu, jln2 ronda2 pun dah rasa sgt satisfied! (Coz myb we're not the type yg akn sakan naik those extreme ride hehe)


Stay TuneJB, coz ada coach yg direct from TuneJB to USS. But adamryan tak suka bilik air kat Tune Hotel, too small, agaknya all this while pergi hotel ada bath tub haha kecik2 lg dh pandai memilih. So mmg agak bercinta jugak la nk pujuk dia mandi. Then tiba2 terfikir, "nak ke adamryan naik bas?" And..this pix is the result --> Mamydady berjaya naik bas dgn adamryan :)
 

Friday, January 27, 2012

I'm back!

Finally...I'm back! ...... with my 2nd pregnancy journey! Alhamdulillah.. hope everything goes well :))

I've been so so so busy during the semester - with classes, events, students activities, academic advisor tasks, etc. etc... and yesterday, just finished my marking task :) cool! 

My target for this semester break:
 "Continue my pending research journey!" Hopefully able to settle it soonest possible.........

My Adam Rayyan is 15-month-old now! We adore him so so so so so much!! But I really can't stand it when he starts to bite. Same goes to his Dady. Arhh it's pain baby :/


bites, bites, bites
hand in my pocket

*Tomorrow going to my colleague Majlis Bertandang @BP :)