Sunday, March 1, 2015

Jalan Jalan Hong Kong (PART 1)


Gara2 sekarang suka layan Astro on Demand, kerinduan pula sama Hong Kong..

Nampaknya kalau pergi holiday mmg time bulan kelahiran birthday dady, dah sebab waktu yang mamy boleh cuti pun biasanya time2 camtu. Flight pagi dari KLIA2 naik AirAsia X. Kali ni selesa la sikit sebab dapat book awal hot seat yg depan sekali. Adik pun dah start kena duduk sendiri. 

Abg disiplin la boleh duduk tempat sendiri lama, adik time ngantuk tu mmg nak ke tempat mamy or dady juga

Sampai airport petang, selesaikan cari surau, cari tempat beli Octopus Card, cari kedai jual simcard, sekejap jer dah gelap kat luar. Ker sebenarnya memang bukan sekejap, sebab agak sentimental laa jugak masa di airport tu sbb menghayati setiap sudut dan tersenyum2 dlm hati bila nampak kedai2 yg ada pernah disebut oleh bloggers yg dah pergi Hong Kong. Memang useful info2 yg mereka share. Cuma kadang mana yg info tak berapa ingat tu, cari jer customer service dan tanya. Memang sangat membantu mereka ni, tak kira laa guna bahasa english ataupun mandarin.

Ni tgh bergilir dgn dady solat kat dalam prayer room di airport Hong Kong

Kemudian, cari tempat naik teksi merah (yg selalu berangan nak naik sebab tengok TVB drama tu haha) untuk pergi ke area Tsim Sha Tsui or TST sebab nak check in di Hotel Kowloon kat Nathan Road, TST. Dari Hotel Kowloon ni nak ke Avenue of Stars mmg dekat, walking distance. Lepas dah rehat2 sekejap, malam yg 1st tu jugak la ke Avenue of Stars! Sambil tolak stroller dengan sejuk2 aircond cuaca dia, tupp dah sampai. Huhu biasa tengok dalam drama TVB jer, dapat juga jejak kaki di Avenue of Stars ni..sob sob..

好想..好想..好想..Hong Kong !


Ni masa 2 beradik ni monyok jer lepas balik dari Disneyland, padahal malam nak gi masuk semula


Nampak teksi HKG beratur mcm ni, mula la berangan mcm dlm TVB drama haha

Saturday, March 1, 2014

Gold Coast

Dady kata next time kot nak pergi lagi boleh refer. Bila laa next time tu agaknya.

Dalam flight memang perlu standby tab
Nite flight to Gold Coast on 13 Feb 2014, jalan2 birthday dady di Gold Coast. Sesak jer rasa dalam flight sebab flight penuh tak dapat book hot seat yang extra legroom tu. Dengan adik masih dalam infant category, so duduklah dengan mamy. 8-hours flight, sekali sekala letak juga duduk dengan abg.

**Kids kalau nak minum susu elok minum sebelum naik flight sebab bila kat atas proses digestion slow, kalau muntah mau habis keluar susu semua. Sebab few hours sebelum sampai adik ada muntah sikit masa dia tido, nasib baik tak banyak, kalau tak habis la mamy jadi belacan.
Inilah kereta yang kami guna di sana!

Sampai airport kami ke kaunter car rental, masa pergi tu (feb 2014) hanya tunjuk license yang guna kat Malaysia sahaja tanpa sebarang translation. Selesai bayar cari kereta di carpark.

Sementara nak tunggu waktu check-in di Mantra Legends Hotel, dady kata ronda2 dulu naik kereta sampailah ke Brisbane. Mak aii, semata-mata nak bagi kids recharge energy. Tapi tak jauh pun sebenarnya Gold Coast ke Brisbane, dalam 45-50mins, lebeih kurang mcm mamy ulang-alik melaka-muo.

Kat highway sana drive speed dlm 60 km/h. Memang cermat dan tenang jer rasa. Masa kat zebra crossing kereta akan stop beri laluan pada pejalan kaki. Part ni memang salute sangat!

Sampai Brisbane tu turun sekejap ke satu hypermarket sebab nampak ada Subway (antara yang ada dlm list boleh makan), so isi perut dulu sebelum ke hotel.

Penat yer abg naik flight lama2
Adik syok tido dlm kereta
Mantra Legends Hotel ni dekat dengan Surfers Paradise. Masuk hotel memang puas hati sangat, selesa, tapi parking di hotel ni kena bayar.

Ada kitchenette kat bilik hotel
Work area
Kitchenette ni sangat memudahkan bagi yang nak masak, Rugi juga tak bawa periuk kecil dan makanan tin from Malaysia, sebab tiap2 hari nak makan kebab/nasi arab/nandos memang muakkk.

Saturday, December 28, 2013

The Boys


Haaaaaaa! lama betul tak update blog! sangat lama...ni tetiba nak ada entry pun sebab recently banyak pula buat activiti blogwalking to blog2 yang ada entry pasal Gold Coast *wink* em takpa stop dulu part tu.

Petang tadi jalan2 dengan kids with atoQ, yes jarang2 berlaku, sebab tak larat coz memang selalu diluar kawalan mamy bila dady mereka tak ikut (coz biasanya memang sekali dengan dady mereka). Dapat pula tu jalan dengan atoQ, dua beradik tu pula manja dengan atoQ. Phew. Mencabar sepanjang jalan dalam kereta tadi. Sepatutnya boleh jadi okay if mamy boleh bersabar tahap ultraman, tapi memang kecundang. Kesian atoQ & kids..ampun..

Owh ya sebab lepas pantang aritu dah takda update apa2 so ni sedikit perkembangan berkenaan:

Danish Rizq
  • Danish dah 1 tahun 6 bulan
  • Sangat suka tengok CD lagu pororo dalam kereta dady
  • Dah pandai merajuk, pandai gak mengamuk haihh kalah mamy
  • Sangat manja....yes tiap kali mamy balik kerja mesti nak tangkap mamy untuk nen dulu 
  • dan...agak lasak ler bila main dengan abang. fuh. 
  • Tapi sangat sedih bila kena marah dengan abang dia.

Adam Rayyan

  • Rayyan dah 3 tahun 2 bulan
  • Sangat suka nyanyi, sampai boleh hafal lirik yang kadang2 mamy n dady dengar pun boleh terkagum!
  • Kadang2 sangat berjiwa seorang abang, sayang betul kat adik
  • Kadang2...berebut sakan dengan adik hm adat la kan, dan adakala sangat garang dengan adik dia.
  • Ayat favourite Rayyan tiap kali mamy beritahu yang esok mamy kena kejer , sure si abang akan kata "mamy takyah laa kejer.." alahai anakku

Sambung lagi di entry yang lain..yang tak pasti lagi bila, peace.

*Esok nak masak meatball with gravy ala2 ikea tu! wooo nak masak? haha