Saturday, March 1, 2014

Gold Coast

Dady kata next time kot nak pergi lagi boleh refer. Bila laa next time tu agaknya.

Dalam flight memang perlu standby tab
Nite flight to Gold Coast on 13 Feb 2014, jalan2 birthday dady di Gold Coast. Sesak jer rasa dalam flight sebab flight penuh tak dapat book hot seat yang extra legroom tu. Dengan adik masih dalam infant category, so duduklah dengan mamy. 8-hours flight, sekali sekala letak juga duduk dengan abg.

**Kids kalau nak minum susu elok minum sebelum naik flight sebab bila kat atas proses digestion slow, kalau muntah mau habis keluar susu semua. Sebab few hours sebelum sampai adik ada muntah sikit masa dia tido, nasib baik tak banyak, kalau tak habis la mamy jadi belacan.
Inilah kereta yang kami guna di sana!

Sampai airport kami ke kaunter car rental, masa pergi tu (feb 2014) hanya tunjuk license yang guna kat Malaysia sahaja tanpa sebarang translation. Selesai bayar cari kereta di carpark.

Sementara nak tunggu waktu check-in di Mantra Legends Hotel, dady kata ronda2 dulu naik kereta sampailah ke Brisbane. Mak aii, semata-mata nak bagi kids recharge energy. Tapi tak jauh pun sebenarnya Gold Coast ke Brisbane, dalam 45-50mins, lebeih kurang mcm mamy ulang-alik melaka-muo.

Kat highway sana drive speed dlm 60 km/h. Memang cermat dan tenang jer rasa. Masa kat zebra crossing kereta akan stop beri laluan pada pejalan kaki. Part ni memang salute sangat!

Sampai Brisbane tu turun sekejap ke satu hypermarket sebab nampak ada Subway (antara yang ada dlm list boleh makan), so isi perut dulu sebelum ke hotel.

Penat yer abg naik flight lama2
Adik syok tido dlm kereta
Mantra Legends Hotel ni dekat dengan Surfers Paradise. Masuk hotel memang puas hati sangat, selesa, tapi parking di hotel ni kena bayar.

Ada kitchenette kat bilik hotel
Work area
Kitchenette ni sangat memudahkan bagi yang nak masak, Rugi juga tak bawa periuk kecil dan makanan tin from Malaysia, sebab tiap2 hari nak makan kebab/nasi arab/nandos memang muakkk.

No comments:

Post a Comment