Saturday, July 14, 2012

Penutup Hari Berpantang

Today is my last day of confinement. Sayu pulak bila dah sampai hari terakhir berpantang. Yerla banyak sweet n sour sepanjang 44days ni...and we won't know when is the next one, kan?

Jaundice/kuning. Kali ni pantang agak lain daripada yg kali pertama, masa awal-awal hari tu pun dah start keluar bawa baby pergi check kuning kat klinik. Alhamdulillah by day 14, bacaan TSB Danish dah turun bawah 10..lega sangat. Tapi, ada 5 kali la jugak cucuk tapak kaki baby ambil darah untuk tujuan test tu. Sepanjang nak tunggu turun tu, ada terfikir nak hantar kat Dr. Tey, tapi kesian pula nanti baby kena tinggal sana, so nak tak nak usaha dan ikhtiar sahaja di rumah, bf baby sekerap boleh, tapi nak sekerap mana pun, coz baby 2 jam sekali baru demand for bf. Then  husband ada laa dapat petua from his friends: ada yang suruh try bagi air perahan anggur hitam sebiji dua, ada juga kawan dia yang suruh pergi kedai ubat cina beli serbuk mutiara bancuh dengan air bagi baby. Hm..kawan dady banyak experience juga yer. And masa pergi 1 week check-up at Tey  Maternity, Dr. Tey said try bagi air masak campur madu/glukos kat baby, supaya kerap buang air dapat keluarkan bilirubin tu (yang  sepatutnya focus pada susukan baby sekerap boleh). Time pantang kali ni baru tahu about bilirubin. Mana tak nya, surf info memanjang bout jaundice. And kali ni juga 1st time handle sendiri, coz dulu time Rayyan, rasanya pun ada kuning kot, tak sure coz Rayyan dulu kena duduk kat Tey Maternity 1week, so maybe dah dapat treatment. That's why husband said ada pro and cons bila baby keluar wad awal or lambat ni. Ok la, stop bout mr.J, yang pasti memang the feeling time tu tak syokkk!

Emo. Haih awal2 pantang rasa sedih and ada sekali tu siap meleleh air mata sebab kesian tengok anak sulong susah nak ditidurkan, sampai last2 mamy dia juga yang buaikan, tu pun sambil tunjuk gambar2 and video2 dlm handphone, which we took sebelum bersalin, time main2 dgn dia. Adoi..sayu. Other than that, me, as usual, ada jer yang nak di argue dengan mum. Bila fikir balik, apa yang di argue pun dah tak ingat, must be benda yang remeh temeh. Haih...berdosa betul rasa!

Keluar. Kali ni banyak kali juga la ikut dady gi town time pantang hehe tapi of course la tak turun kereta, saja nak ikut pusing2 ambil angin naik kereta, tak tahan bosan. That's why la kata pantang kali ni kurengg disiplin betul!

Rumah. Pantang kali ni 14 hari di rumah mak, then balik rumah sendiri. Ada few factors, sebab kesian tgk Rayyan, asal malam jer mesti nak balik rumah juga. Rindu rumah agaknya. Tapi bila dah pagi, dady dia kata, dia sibuk cari adik and mamy. Selain itu, tengok mak sangat kepenatan, dengan nak membasuh, masak, aktiviti favourite mak yes gardening lagi..memang nampak mak penat betul la. Plus, kadang2 tgk mak pun tak berapa sihat. Banyak sangat kerja, tak cukup rehat agaknya..so, baliklah rumah sendiri..at least dapat kurangkan load basuh baju pun jadi laa kan. Em ya, ayah pun hari tu pitam sekejap, panik semua orang. Tak cukup tidur agaknya, then layankan kerenah cucu sorang bernama Rayyan lagi.

Makan. Sepanjang kat rumah mak, of course la mak masak. Then balik rumah sendiri, husband ambil alih tugasan masak. Tapi kadang2, mak juga yang masak then hantar kat rumah kami. Tu la sayang seorang mak kan. Macam mana tak larat pun, tetap akan curahkan tenaga dan kasihnya..Selepas pantang 30 hari, hari ke 32 if not mistaken, husband pun dah tahap bosan makan masakan dia hehe, then we all pun mem-pizza-kan diri! Peace.

Hm nampaknya setakat ini entry untuk penutup pantang kali ni. Lepas ni tak tau pula bila next entry, bila review balik blog ni, rupanya lebih aktif menulis time pregnant especially time dah start mc ketika menunggu hari hehe..till we meet again~

*going to miss tempoh berpantang ..  

 

No comments:

Post a Comment