2nd round Legoland Oct 10, 2015. Annual pass yg ada jangan dipersiakan muahaha..kali ni teruskan lagi dengan Land of Adventure. Kalau nak ke bahagian ni, make sure di area Lego City tu kena lalu tempat main yang bomba tu dan juga kapal terbang yang pusing2 tu. Kalau tak nampak 2 tempat tu jawabnya masuk ke arah Miniland la jawabnya dan biasanya lepas dah ke Miniland tu nanti sampai pula ke area Lego Technic, dan tempat2 ni dah kira ke bahagian depan yang nak menghala ke entrance semula. So pastikan masa di Lego City jalan sampai nampak tempat main kapal terbang supaya dapat explore sampai yang belakang2 tu lagi.
Sunday, October 11, 2015
Monday, September 21, 2015
Jalan Jalan ke LEGOLAND
Masa nak penutup pantang 14-hari tu mamy n dady bawa kids ke Legoland. Tak larat nak jawab soalan si abg asyik tanya bila nak pergi Legoland. Okay alasan sampingan mamy pun nak jalan-jalan. Tapi siap berstokin lengan panjang tebal bagai pergi jalan jalan ke Legoland yang panas terik tu sebab risau la jugakan.
Masa kami pergi ni cuti sekolah nak raya haji. Tapi kaunter tiket lengang memang laa seronok sbb takyah queue panjang kalau nak main. Tapi bila fikir dari perspective number of visitors yg visit themepark during school holidays......kenapa pula lengang mcm ni? Boleh buat research ni.
Untuk kali ni, memang focus di Lego City sahaja. Tapi seronok la budak2 ni sebab semua yang kat Lego City ni diorg boleh main. Nak makan pun restaurant ada kat situ. Antara yang ada kat Lego City yang diorg berjaya main:
Junior Driving School |
Boating School |
Boating School |
Legoland Express |
Legoland Express |
Lego City Stage |
Lego City Airport |
Rescue Academy |
Tapi Legoland sangat terik dan panas, memang perlu pakai topi atau payung. Budak2 ni biasanya tak suka pakai topi, tapi masa tu terlalu panas terpaksa ler beli topi kat dlm tu, nak pula diorg pakai, bagus laa. Lagi satu stroller pun seeloknya bawa, walaupun dalam themepark tu diorg taknak duduk sangat, tapi bila nak balik menapak ke parking, dengan mak pak pun dah tak larat nak dukung, time tu la rasa bergunanya stroller.
Peace! |
Thursday, September 17, 2015
MC dan berpantang 2 minggu
![]() |
Masa ni nak ke OT ready for D&C Procedure |
Satu pengalaman yang tak pernah terfikir akan lalui. Berlaku tanpa diduga dan mamy positif dengan apa yang berlaku..sakit itu penghapus dosa, insyaAllah.
Kes heartbeat janin low, cuba monitor 3 minggu dengan injection dan ubat kuatkan kandungan. Tapi tiada rezeki kali ni. Kami terima.
Berpantang kali ni di rumah bersama dady dan kids dan alhamdulillah dalam keadaan stabil. Bercakaran, berteriakan dengan anak2 tetappp berlaku walaupun dlm keadaan macam ni kan. Tapi time2 yg memerlukan jer ler. Anak2 tengah nak melasak fuh memang mencabar.
Appointment dgn doktor untuk follow up after 1 week pun dah selesai. After 1 week lagi rehat dan pantang, kembali laa semula meneruskan rutin harian.
Subscribe to:
Posts (Atom)