Thursday, May 31, 2012

1 hari lagi..

Finally..hari yang ditunggu makin hampir, InsyaAllah in not more than 24hours, mamy akan lalui proses czer to deliver my 2nd baby. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan..amin.

Last night, abg baby muntah sampai dua kali coz still batuk dan berkahak..mamy dan dady nak marah-marah sangat pun kesian gak kat abg baby..

Hari ni buat final check beg mamy dan beg baby untuk dibawa esok. Plan hari ni dalam tengahari nak hantar sebahagian barang mamy and baby ke rumah mak, yang nak guna time pantang nanti. Esok pagi, as early as 5am, mamy perlu check-in kat Klinik Tey Maternity. Tonight 11pm kena start puasa. Malam ni mak akan datang tidur kat rumah, so that esok pagi time nak pergi ke klinik bersalin, abg baby akan duduk dengan mak dulu. Dah bersalin baru bawa abg baby tgk mamy kat wad.

Beg mamy dan baby, ehe abg baby enter frame sekali mmuahh!
*Semoga segalanya dipermudahkan, walaupun czer, still ada gentarnya juga..




Wednesday, May 30, 2012

2 hari lagi..

2 days left! Can't wait but at the same time feel scared, of course!

Bingo! Betul laa perit tekak semalam, memang end up batuk. Luckily dady dah ambilkan ubat kat gynae, dapatlah ubat anti fever, ubat batuk, dan antibiotik. Lega jugalah rasa tekak, taklah perit sangat lepas makan ubat, hopefully cepatlah elok, coz if after czer still batuk-batuk, mahu seksa menahan sakit.

Today mulakan hari dengan sapu lantai (lama gila rasanya tak sapu lantai sendiri), haha Adam Rayyan macam biasa laa tak nak lepaskan langsung peluang nak ikut sapu lantai, ikut jer kat mana mamy sapu, jadi mandur. Bila dah siap sapu, apa lagi, bukan jer mamy berpeluh sakan, dengan dia sekali mandi peluh!  


Tuesday, May 29, 2012

3 hari lagi..

Semalam sangat penat! Purposedly cari kerja untuk buat supaya tak terasa lama duduk jer menunggu hari. So semalam apa lagi operasi basuh tudung, cadar, kemas almari baju mamy, then petang pergi rumah mak because sepupu-sepupu Adam Rayyan cuti sekolah ada di rumah nenek, mereka tak sabar nak main dengan Adam Rayyan.

Hari ini pun nak kemas-kemas rumah sikit, ikutkan badan ni memang tak larat jer rasa, tapi takkan nak duduk jer tanpa buat apa-apa. Nak jalan shopping mall time sekarang ni dah tak sanggup coz nak jalan pun tak larat jer rasa. Unless if betul-betul ada barang nak beli baru la pergi.

Setiap malam makin terasa susah nak masuk tido coz susah nak gerak ke kiri ke kanan, time tu la juga rasa sangat stress tak sabar nak bersalin, tapi syukur masih mampu ingat tuhan, dan mamy cuba sedaya upaya rationalize dan tenangkan diri, banyakkan mengucap dan selawat supaya diberi kekuatan untuk menunggu hari..tapi bila dah tertido tu Alhamdulillah lena juga la hihi..and the best part bila dady said "sabar mamy..dady if boleh pun nak mamy bersalin awal, tapi dengan abg baby yang kurang sihat, kita try la spend more time dengan abg baby.." mamy faham maksud dady and walaupun sekadar ayat simple, tapi amat memberi semangat kepada diri mamy.

*tekak terasa perit, ada macam nak demam, maybe kepenatan sangat, kena amik ubat ni