Saturday, March 21, 2015

Jalan Jalan Hong Kong (PART 2)


On the 2nd day, misi kitorg pergi The Peak tercapai, tapi cuma di bawah saja tak naik haha gara2 queue terlalu panjang dan budak pun mula laa dengan aksi tak terkawal gara-gara tak tahan menunggu. So, bergambar la sekeping dua kat bawah dan sambung misi ke destinasi seterusnya. Itulah konsep cuti santai kitorg, ikut tempo dan rentak anak haha.


Ada juga satu gambar kenangan di The Peak

Owh ada satu perkara yang kitorg tak boleh nak digest masa di The Peak ni kitorg ada ambil gambar yang terus print jadi souvenir tu. Gambar semua okay dah dapat then kitorg pun menapak la ke MTR Central station semula. Tak perasan masa bila gambar tu jatuh ker terbang ker, masa di hotel baru perasan gambar tu takda. Manalah pergi agaknya gambar tu..sob sob.. Tapi mungkin juga jatuh masa angkat2 stroller, sebab yang tak best masa di MTR Central station tu, kena angkat stroller sebab ada tangga2. Maybe masa proses lipat dan buka stroller gambar tu jatuh dan kitorg tak perasan. Nampaknya memang bukan rezeki kitorg nak wat souvenir gambar tu. Mungkin perlu naik ke atas juga The Peak ni. Next time la kalau ada peluang..

Suasana di MTR station yang ni TST station

Selesai The Peak, misi kitorg adalah makan dimsum di Islamic Centre Kitchen in Wan Chai. Naik MTR dari Central station ke Wan Chai station. Sampai Wan Chai station nak ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre pun boleh tahan mencabar. Main redah jer jalan padahal sebelum tu dah search info, tapi tak berapa nak digest hukhuk. Memang refer pada gps kat fon jer redah. Mekasih la kat kawan mamy aunty Fiza yang cadangkan amik internet untuk kegunaan gps.

Alhamdulillah diberi kesempatan singgah di Masjid Ammar
Sangat bersyukur, dlm perjalanan terserempak dengan seorang perempuan melayu pakai tudung. Memang terus mamy bertanya arah pada beliau. Beliau yang pada mulanya memberitahu arah tapi kemudian terus nak bawa kitorg ke Islamic Centre tu. Baiknya hati wanita itu. Akak tu warga Indonesia dan dah lama menetap di Hong Kong. Dalam pada follow akak tu, memang macam risau juga (tipulah kalau tak risau), tapi sambil tengok pada gps, memang ke arah yang sama. Alhamdulillah. Bila dah sampai di Islamic Centre tu, kitorg nak bagi duit sikit kat akak tu tanda terima kasih, tapi dia tolak taknak terima. Semoga Allah membalas jasa baik akak tu. 

Di Islamic Centre ni, adik masih tidur dalam stroller. So, bergilir la mamy dan dady solat nak jaga budak. Masjid ni sangat selesa, air-conditioned okay. Ada few levels. Aras lelaki dan perempuan di level yang berbeza. Canteen dia aras 5. Dah selesai semua, pergi la naik level 5 makan. Luckily ada lagi dimsum sebab masa tu pun dah lepas 2pm risau gak kalau dah habis sebab menu dimsum dia till 3pm sahaja. 



Naik bas nak ke Wan Chai Star Ferry Pier
Tunggu feri nak balik ke TST
Masa balik dari Islamic Centre, kitorg naik bas dan feri pula untuk balik ke TST semula. Kids memang seronok sakan dapat naik tren, bas, feri dalam masa 1 hari haha warna-warni perjalanan untuk hari kedua.






Sunday, March 1, 2015

Jalan Jalan Hong Kong (PART 1)


Gara2 sekarang suka layan Astro on Demand, kerinduan pula sama Hong Kong..

Nampaknya kalau pergi holiday mmg time bulan kelahiran birthday dady, dah sebab waktu yang mamy boleh cuti pun biasanya time2 camtu. Flight pagi dari KLIA2 naik AirAsia X. Kali ni selesa la sikit sebab dapat book awal hot seat yg depan sekali. Adik pun dah start kena duduk sendiri. 

Abg disiplin la boleh duduk tempat sendiri lama, adik time ngantuk tu mmg nak ke tempat mamy or dady juga

Sampai airport petang, selesaikan cari surau, cari tempat beli Octopus Card, cari kedai jual simcard, sekejap jer dah gelap kat luar. Ker sebenarnya memang bukan sekejap, sebab agak sentimental laa jugak masa di airport tu sbb menghayati setiap sudut dan tersenyum2 dlm hati bila nampak kedai2 yg ada pernah disebut oleh bloggers yg dah pergi Hong Kong. Memang useful info2 yg mereka share. Cuma kadang mana yg info tak berapa ingat tu, cari jer customer service dan tanya. Memang sangat membantu mereka ni, tak kira laa guna bahasa english ataupun mandarin.

Ni tgh bergilir dgn dady solat kat dalam prayer room di airport Hong Kong

Kemudian, cari tempat naik teksi merah (yg selalu berangan nak naik sebab tengok TVB drama tu haha) untuk pergi ke area Tsim Sha Tsui or TST sebab nak check in di Hotel Kowloon kat Nathan Road, TST. Dari Hotel Kowloon ni nak ke Avenue of Stars mmg dekat, walking distance. Lepas dah rehat2 sekejap, malam yg 1st tu jugak la ke Avenue of Stars! Sambil tolak stroller dengan sejuk2 aircond cuaca dia, tupp dah sampai. Huhu biasa tengok dalam drama TVB jer, dapat juga jejak kaki di Avenue of Stars ni..sob sob..

好想..好想..好想..Hong Kong !


Ni masa 2 beradik ni monyok jer lepas balik dari Disneyland, padahal malam nak gi masuk semula


Nampak teksi HKG beratur mcm ni, mula la berangan mcm dlm TVB drama haha