Saturday, February 20, 2016

Osaka - Kobe Japan Trip (Part 1)


Semua info dalam entry ini adalah berdasarkan pengalaman kami semata-mata (as at February 2016), untuk kenang-kenangan dikala rindu Japan ahaha..juga untuk perkongsian bagi yang berminat untuk jalan sendiri secara santai tidak terlalu padat especially yang membawa anak kecil.

Destination: Osaka & Kobe, Japan
Duration: 14-18 February 2016, 5D4N 
Travel weather: 0-8°C, Winter 

Day 1, Hotel Universal Port
14 February 2016 (Sunday) 
  • Flight 8.15am from KLIA2 (KUL), kami prefer sampai 3 jam awal for international flight sebab dapat relax sikit. 
  • Solat subuh di departure hall lebih mudah sebab dah dekat dengan departure gate. Yang bagus tu, ada announcement bila dah masuk waktu subuh. *thumbs up*   

hehe abg nak wefie tp tgn nk angkat tak cukup tinggi last2 dady yg pegang hp
Abg suka amikkan gmbar skang ni

  • Perjalanan anggaran dalam 6-7 jam kira seharian jugalah duduk dlm flight! *yang penting adik memang suka yak dlm flight uwaaa mamy laa yg kena settle kan..dulu ke Gold Coast pun sama gak camtu haha itulah cabaran bawa anak kecil kan*
  • Dalam flight seeloknya sediakan makanan/snek yang secukupnya untuk kids sebab itulah pun entertainment mereka selain main tab haha..yang si adik ni walaupun baru lepas makan kids meal dlm flight tu, tetap nak minta snek untuk kunyah2 lagi.
Main tab, makan, tido haha sian

  • Ini yang kami bawa - mini oreo yg dlm bekas (senang tak hancur), koko crunch/ honey stars, pringles/mister potato (yg dlm bekas juga), gula2, snickers mini, m&m mini etc. Ya, dan juga jangan lupa air masak letak dlm tumbler kids siap2.

Pre-booked inflight kids meal
masa ni abg dtg duduk sekali kt mamy dan adik




  • Dalam 3pm (waktu Malaysia) sampai di Kansai International Airport (KIX). Waktu Japan adalah 4pm dan maghrib di Japan adalah dlm 5.40pm huhu awal dah gelap!
  • Part kastam, kami dah standby khas kan 1 bag letak makanan sahaja - beras, brahims, sardin, maggi, mee goreng mee sedap, roti, ubat2 etc. Owh kami ada declare dlm borang juga, ker pegawai kastam tu tak perasan. Takpalah yang penting masa pemeriksaan kastam (tetap debar2) alhamdulillah lancar sahaja, takda kena buka bag pun. 
  • Selesai pemeriksaan imigresen dan kastam, kami terus keluar dari arrival hall (1F) ke belah kiri cari ABC counter untuk collect Pupuru pocket wifi yang dah reserve online dan bayar siap2 dari Malaysia.
  • Kemudian cari elevator untuk ke prayer room di 3F. Lif yg kami naik tu takda 3F adeh pusing laa ke arah north wing mencari lif OKU untuk naik ke 3F. Kalau tak jumpa boleh tanya di information counter okay. Yang pasti prayer room biasanya location mesti kat part yang hujung2.

    Ni elevator yg ada pergi 3F
Jumpa pun prayer room di 3F north wing
      • Selesai solat, turun ke 2F untuk ke train station, seberang bridge, pergi sebelah kiri ada JR counter, kami beli ICOCA & Haruka. Kad ICOCA (IC card) ni boleh recharge macam touch n go. Advantage pakai IC card ni tak payah terkebil2 kat setiap station nak beli tiket. hehe.
      ICOCA untuk mamy & dady, kids 6thn ke bwh free yay!
      • Train. Sebelum kami sampai Japan mmg berdebar2 gak sebab tak baper nak digest byk sgt line train kat Japan, tapi standby jer siap2 print screen route dan nama station yg akn turun. Ikutkan dah ada pocket wifi tak payah pun print screen bagai kan, tapi kami tetap standby hardcopy siap print n binding lagi haha thank u dady yg insist nak adakan buku route tu, sgt berguna! 
      • Dari Kansai Airport ke Universal Studios Japan (USJ) ambil masa dlm 1 jam juga. Kami naik Kansai Airport Line (biru) sampai di Sakurajima station tukar train ke Universal City station. 
      Abg & adik ni dah penat ni sebelum terlelap dlm train
      • Ya, kami naik train dari airport dgn 2 luggage dan tandem stroller. Dari Malaysia plan nak naik bas terus ke USJ, tp next bas masa tu kena tunggu lagi 2 jam, tak sanggup tunggu, so naik train la juga. Alhamdulillah okay, elevator pun ada.

      Dari pagi sampai ke malam seharian berkelana
      Diorg ni teruja sgr dgn menda ni


















      • Sampai Universal City station, depan tu terus nampak Universal City Walk, haish tak boleh ni kena ke hotel dulu haha..kami keluar ke arah kiri, belok kiri dah nampak Hotel Universal Port yay! Dekat jer dlm 3minit jalan kaki. Masa nak jalan ke hotel tu, angin punya la kuat memang sejuk gilerrrr! phew.
      • Lobby hotel sangat kids friendly, ada play area dgn minion sana sini. Kids yang kepenatan pun terus segar! Dalam pada tahap penat tu, bila masuk jer pintu bilik hotel, fuhhh..lega rasa tengok bilik sgt selesa, berbaloi.            
        Kat lobby hotel ada minion!
        Seronok diorg dpt katil..sian penat eh..
      • Untuk contingency, sila masukkan dlm bajet untuk naik taxi dlm 11000 yen (anggaran RM400 lebih) dari USJ ke airport. Kami hari last terpaksa juga guna taxi sebab di Universal City station sesak gilerr punca daripada train delay 1 hour. 


      Sunday, October 11, 2015

      Jalan Jalan lagi ke LEGOLAND

      2nd round Legoland Oct 10, 2015. Annual pass yg ada jangan dipersiakan muahaha..kali ni teruskan lagi dengan Land of Adventure. Kalau nak ke bahagian ni, make sure di area Lego City tu kena lalu tempat main yang bomba tu dan juga kapal terbang yang pusing2 tu. Kalau tak nampak 2 tempat tu jawabnya masuk ke arah Miniland la jawabnya dan biasanya lepas dah ke Miniland tu nanti sampai pula ke area Lego Technic, dan tempat2 ni dah kira ke bahagian depan yang nak menghala ke entrance semula. So pastikan masa di Lego City jalan sampai nampak tempat main kapal terbang supaya dapat explore sampai yang belakang2 tu lagi.





      Monday, September 21, 2015

      Jalan Jalan ke LEGOLAND


      Masa nak penutup pantang 14-hari tu mamy n dady bawa kids ke Legoland. Tak larat nak jawab soalan si abg asyik tanya bila nak pergi Legoland. Okay alasan sampingan mamy pun nak jalan-jalan. Tapi siap berstokin lengan panjang tebal bagai pergi jalan jalan ke Legoland yang panas terik tu sebab risau la jugakan.


      Masa kami pergi ni cuti sekolah nak raya haji. Tapi kaunter tiket lengang memang laa seronok sbb takyah queue panjang kalau nak main. Tapi bila fikir dari perspective number of visitors yg visit themepark during school holidays......kenapa pula lengang mcm ni? Boleh buat research ni.


      Sampai Legoland tengahari, tiket dah beli online siap2, so terus jer masuk pergi ke Guest Service tukar kepada Premium Annual Pass yang ada gambar masing2. Baru nak buat annual pass sebab si abg dan adik dah besar sikit dan dah tinggi sikit, takda laa nanti asyik tak dapat main itu ini kan..plus, ada promotion Johor Resident Pass = RM295 dpt 50% discount daripada harga RM420, rasa berbaloi la sikit nak beli. Setiap bulan nanti mamy dgn dady bawa korang pergi Legoland, puas laa hati korang yer anak2 muahaha..


      Untuk kali ni, memang focus di Lego City sahaja. Tapi seronok la budak2 ni sebab semua yang kat Lego City ni diorg boleh main. Nak makan pun restaurant ada kat situ. Antara yang ada kat Lego City yang diorg berjaya main:



      Junior Driving School

      Boating School


      Boating School

      Legoland Express

      Legoland Express

      Lego City Stage
      Lego City Airport

      Rescue Academy

      Tapi Legoland sangat terik dan panas, memang perlu pakai topi atau payung. Budak2 ni biasanya tak suka pakai topi, tapi masa tu terlalu panas terpaksa ler beli topi kat dlm tu, nak pula diorg pakai, bagus laa. Lagi satu stroller pun seeloknya bawa, walaupun dalam themepark tu diorg taknak duduk sangat, tapi bila nak balik menapak ke parking, dengan mak pak pun dah tak larat nak dukung, time tu la rasa bergunanya stroller.

      Peace!